Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Tuesday, January 11, 2011

Kek Pisang Bercoklat

Aktiviti baking semalam. Resepi ni dapat dari salah satu blog yg aku walking. Pernah buat before this. Bila check kat cabinet..ada lagi cooking chocolate balance buat tiramisu so jadilah resepi ni. Aku tambahkan sikit coklat chip coz balance jugak masa buat crunchy choc chip cookies. Lain2 bahan memang tersedia ada.






Bahan-bahan :
250 gm mentega
3/4 cawan gula (boleh jadikan 1 cawan)
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan pisang yg telah dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder (aku tambah)
5 biji telur gred A
150 gm choc masakan (diparut/cincang)
Esen vanilla

Cara2 :
1. Panaskan oven 180c >< 20 min
2. Lapikkan loyang dgn baking paper
3. Pukul rata mentega dan masukkan gula. Pukul hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata. Pastikan ketika ini adunan dipukul hingga betul2 kembang
5. Masukkan pisang (tlh dicampurkan dgn 1/2 sudu baking soda & digaul rata). perlahankan mixer dan gaul sebati.
6. Masukkan tepung, kaup balik sehingga rata. Tidak perlu guna mixer.
7. Akhir sekali masukkan chocolate masakan dan kacau perlahan sahaja.
8. Bakar pada suhu di atas selama 45 min @ sehingga masak

2 comments:

K.Nor said...

salam deeba, rasanya kek pisang ni resipi yg k.nor post kat myresipi :)
http://www.myresipi.com/top/detail/3726
dan yg ni k.nor letak kat blog akak
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2009/09/kek-pisang-bercoklat.html

mekasih sudi mencubanya ya... :)

Deeba said...

ooo..yeke..rasenye la..sori ye k.nor,tak letak kredit kat situ,lgpun sy lupe ambil kat mane..nway,mmg sedap kek ni.. :)