Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Thursday, September 30, 2010

senarai kuih talam

1. Talam Jagung - lapisan bawah sweet corn, lapisan atas warna hijau.

2. Talam puding marble - lapisan bawah kacang merah, lapisan atas warna pink.

3. Talam lapis carribean - lapisan bawah pisang nangka, lapisan atas 2 layer, tengah warna pink,atas warna kuning.

4. Talam roti paun - 3 layer, bawah roti gardenia, tengah warna hijau perasa pandan, atas warna kuning.

5. Serimuka pandan - lapisan bawah pulut, lapisan atas hijau pandan. (permintaan ramai)

6. Serimuka delima - lapisan bawah pulut + sagu merah, lapisan atas warna kuning.

7. Serimuka pulut hitam  - lapisan bawah pulut hitam, lapisan atas warna hijau.

8. Talam tokyo - lapisan bawah sohoon + sagu + kelapa parut putih, lapisan atas warna hijau pandan.

9. Talam sekoteng - lapisan bawah sekoteng ( sejenis sagu merah), lapisan atas warna merah muda.

10. Talam cendol - lapisan bawah cendol, lapisan atas gula melaka. (permintaan ramai)

11. Talam peanut butter - lapisan bawah peanut butter, lapisan atas layer 3 warna hijau apple,pandan dan merah.

12. Talam keladi - lapisan bawah ubi keladi, lapisan atas warna purple. (permintaan ramai)

13. Talam suji - lapisan bawah tepung suji, lapisan atas gula melaka.

14. Talam gula merah - lapisan bawah gula merah, lapisan atas plain.

15. Talam lapis diplomat - lapisan bawah butter cake, lapisan tengah pewarna kuning + esen pisang, lapisan atas warna hijau.

16. Talam ABC - lapisan bawah cendol + sweet corn + kacang merah + sagu merah, lapisan atas warna plain.

17. Talam pancawarna (keledek) - lapisan bawah keledek, lapisan atas pewarna orange.

18. Talam pacar johor - lapisan bawah tepung cha cha, lapisan atas gula merah.
19. Talam kacang hijau - lapisan bawah kacang hijau, lapisan atas plain.

20. Talam suji durian - lapisan bawah suji, lapisan atas isi durian + pewarna hijau.

21. Talam labu berlauk jepun - lauk udang kering dipanggang.

22. Talam lapis lobak merah - lapisan bawah lobak merah.

23. Talam puspanita - lapisan bawah buah nangka, lapisan atas warna kuning.

24. Serimuka Jagung - lapisan bawah pulut + jagung (whole kernel dlm tin), lapisan atas warna kuning

No comments: