Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Monday, February 21, 2011

Marathon Update

Salam to all readers...(if any)...kali ni ada la pulak marathon update yer. Maklumlah lama tak jengok blog aku. Tak sempat update plus busy sikit sepanjang 2 minggu yg lepas. Apa yg di"busy"kan...tunggu aku akan cerita kemudian.
For regular customer a.k.a ma friend, Ai Sha, tq yer coz tak jemu order. Tapi favourite order Ai Sha adalah cookies..but aku sempat buatkan kuih talam serimuka pulut hitam nak bagi rasa n tanda appreciated aku kat dia. Tp x tau la pulak kenapa kali ni pulut tu mcm x kembang (pulut hitam)...next time boleh berhati2 sikit bila nak kukus pulut hitam tu @ aku kena rebus betul2 kembang dulu. Sorry yer, next aku nak buat yg lain pulak untuk Ai Sha rasa...hee..hee...tunggu yer Sha....

Dan order from ma Mr Hubby office...Actually lupa nak ambik 2 box of cookies. Dan 2 jenis talam, Talam Jagung (Whole Kernel) & Talam Tokyo. Tq yer for order..

And also order from ma friend jugak..Norma..Order Talam Tokyo untuk makan @ office for her birthday....tq Norma....

Order From Ai Sha

Talam Jagung & Talam Tokyo (kanan), Mr Hubby office

Close up Talam Jagung (Whole Kernel)

Talam Tokyo (Norma)

Norma request asingkan spt ini....

Kek buah ni for makan2..



Sempat juga buat untuk makan2. Kek buah version cairkan butter. Tgk resepinya lain sikit teknik. Biasanya kek buah kita akan pukul butter n gulakan. Aku bukanlah penggemar kek buah tapi bila rasa yg guna teknik ni sedap jugak coz agak moist dlmnya. Tapi aku terbakar garing sikit kat luarnya. Resepinya ada di bawah ni. Ada penambahan dan ada juga ingredients yg aku x letak.
Kek buah
oleh: junjs11 sumber : myresepi
  • 150gm butter
  • 175gm gula (letak brown sugar)
  • 1/3 cawan air
  • 175ml susu segar
  • 250gm mixed dry fruit
  • 2 sudu makan parutan kulit oren (x letak sbb x ada stok)
  • 1/4 sudu teh serbuk buah pala (x letak)
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (x letak)
  • 1/4 sudu teh serbuk cengkih (x letak)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder (tambah)
  • Sedikit orange flavour (tambah)
  • 250gm tepung gandum
Cara-cara
  1. Didihkan gula n air, masukkan butter, susu n mixed fruit. panaskan atas api sederhana hingga butter cair. angkat n sejukkan.
  2. Ayak soda, rempah2 n tepung. masukkan dalam campuran butter tadi bersama telur n gaul rata. Masukkan dalam loyang yang beralas dan bergris, bakar selama 1 jam

Monday, February 7, 2011

Talam Sri Sarawak & Apam Dot Dot

Teringin nak makan apam dot dot yg popular tu, jadi sempena cuti raya cina yg lepas sempatkan juga membuatnya. Lagipun aku buatpun sebab nak bawak balik Muar. Bukan apa..kalau buat untuk makan sendiri kat rumah alamatnya mesti tak habis makan. Psst...ada juga request suruh buat kuih talam. Jadi untuk tidak menghampakan SIL kat sana..aku buat kuih Talam Sri Sarawak. Apa saja yg ada sagu mesti sedapkan ditambah lagi dgn lapisan gula merah & di tengahnya haruman pandan. Mmm sgt2 la sedapnya. Jom kita tengok gambar...


Monday, January 31, 2011

Order Talam Tokyo & Cookies

Salam hari Isnin....order dari office Mr Hubby. Permintaan terhangat untuk Talam Tokyo. Tak lupa juga 2 box crunchy oats choc chip. Terima kasih kepada mereka yg order. Untuk sebarang majlis, kenduri, meeting dll boleh pm @ e-mail for order.



Talam Tokyo in d box & Cookies

Friday, January 14, 2011

Marble Cheese Brownies

Hari ni sempatkan juga buat Marble Cheese Brownies. Nak bawak balik kg esok. Tapi kali ni saja nak deco with chocolate buttercream. Nak try skill. Tapi memang la..keras betul tangan aku ni.. Kalau dulu bila pergi kelas baking...balik rumah jer, terus tutup buku..tak pernah cuba. Baru la kali ni berkesempatan nak bermain dengan buttercream..Takperla yer..practise make perfect...
Selain tu aku nak updated juga aktiviti semalam. Aku buat kuih Talam Tokyo untuk surau As-Sufi. Ada bacaan yassin & tahlil.


Tuesday, January 11, 2011

Kek Pisang Bercoklat

Aktiviti baking semalam. Resepi ni dapat dari salah satu blog yg aku walking. Pernah buat before this. Bila check kat cabinet..ada lagi cooking chocolate balance buat tiramisu so jadilah resepi ni. Aku tambahkan sikit coklat chip coz balance jugak masa buat crunchy choc chip cookies. Lain2 bahan memang tersedia ada.






Bahan-bahan :
250 gm mentega
3/4 cawan gula (boleh jadikan 1 cawan)
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan pisang yg telah dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder (aku tambah)
5 biji telur gred A
150 gm choc masakan (diparut/cincang)
Esen vanilla

Cara2 :
1. Panaskan oven 180c >< 20 min
2. Lapikkan loyang dgn baking paper
3. Pukul rata mentega dan masukkan gula. Pukul hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul rata. Pastikan ketika ini adunan dipukul hingga betul2 kembang
5. Masukkan pisang (tlh dicampurkan dgn 1/2 sudu baking soda & digaul rata). perlahankan mixer dan gaul sebati.
6. Masukkan tepung, kaup balik sehingga rata. Tidak perlu guna mixer.
7. Akhir sekali masukkan chocolate masakan dan kacau perlahan sahaja.
8. Bakar pada suhu di atas selama 45 min @ sehingga masak

Sunday, January 9, 2011

Weekend

Order dari kawan sekolah, Yati dan menu lunch hari ni. Terima kasih Yati. Yati order Talam Tokyo dan Serimuka Jagung. Dapatlah jumpa Yati harini. Harap dapat memenuhi citarasa Yati sekeluarga.

Dah siap packing



Set Nasi Ayam Berempah

Saturday, January 8, 2011

Talam Roti Paun

Menu for minum petang hari ni aku buat Talam Roti Paun. Pertama kali mencubanya. Agak lembik sikit di bahagian tengah... Mungkin lain kali berhati-hati sikit masa teknik masak dan kena rajin sikit lap wap yg turun kat permukaan kuih tu. Aroma bau lapisan rotinya sangat wangi bila aku keluarkan dari loyang. So kita lihat gambarnya yer..Sekiranya berminat untuk sebarang majlis...sila-silalah call @ pm aku yer.




Friday, January 7, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam semua, tak lambat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua. Semoga apa yg dicita-citakan akan tercapai. Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yg telah berurusan dangan aku meng'order' kuih-kuih talam yg sgt2 menarik ini. Kerana kesibukan tak dapat aku nak masukkan gambar2 kuih talam bagi order2 yg lepas.
Bermula di awal tahun ini, aku merajinkan diri membuat kuih Talam Tokyo for my Mr Hubby. Untuk meeting pagi tadi. Yg berminat bolehlah calling2 @ PM aku yer.