Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Friday, January 14, 2011

Marble Cheese Brownies

Hari ni sempatkan juga buat Marble Cheese Brownies. Nak bawak balik kg esok. Tapi kali ni saja nak deco with chocolate buttercream. Nak try skill. Tapi memang la..keras betul tangan aku ni.. Kalau dulu bila pergi kelas baking...balik rumah jer, terus tutup buku..tak pernah cuba. Baru la kali ni berkesempatan nak bermain dengan buttercream..Takperla yer..practise make perfect...
Selain tu aku nak updated juga aktiviti semalam. Aku buat kuih Talam Tokyo untuk surau As-Sufi. Ada bacaan yassin & tahlil.


No comments: