Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Saturday, January 8, 2011

Talam Roti Paun

Menu for minum petang hari ni aku buat Talam Roti Paun. Pertama kali mencubanya. Agak lembik sikit di bahagian tengah... Mungkin lain kali berhati-hati sikit masa teknik masak dan kena rajin sikit lap wap yg turun kat permukaan kuih tu. Aroma bau lapisan rotinya sangat wangi bila aku keluarkan dari loyang. So kita lihat gambarnya yer..Sekiranya berminat untuk sebarang majlis...sila-silalah call @ pm aku yer.




No comments: