Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Friday, January 7, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam semua, tak lambat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Tahun Baru" kepada semua. Semoga apa yg dicita-citakan akan tercapai. Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yg telah berurusan dangan aku meng'order' kuih-kuih talam yg sgt2 menarik ini. Kerana kesibukan tak dapat aku nak masukkan gambar2 kuih talam bagi order2 yg lepas.
Bermula di awal tahun ini, aku merajinkan diri membuat kuih Talam Tokyo for my Mr Hubby. Untuk meeting pagi tadi. Yg berminat bolehlah calling2 @ PM aku yer.



No comments: