Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Monday, February 7, 2011

Talam Sri Sarawak & Apam Dot Dot

Teringin nak makan apam dot dot yg popular tu, jadi sempena cuti raya cina yg lepas sempatkan juga membuatnya. Lagipun aku buatpun sebab nak bawak balik Muar. Bukan apa..kalau buat untuk makan sendiri kat rumah alamatnya mesti tak habis makan. Psst...ada juga request suruh buat kuih talam. Jadi untuk tidak menghampakan SIL kat sana..aku buat kuih Talam Sri Sarawak. Apa saja yg ada sagu mesti sedapkan ditambah lagi dgn lapisan gula merah & di tengahnya haruman pandan. Mmm sgt2 la sedapnya. Jom kita tengok gambar...


No comments: