Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Thursday, November 11, 2010

serimuka jagung for experiment

salam..

Bersama dengan tempahan Talam Keladi aku sempat buat Serimuka Jagung untuk eksperimen dan dapatla dibawa ke office untuk kawan2 merasa. Sedap rasanya. Lapisan bawah pulut aku campurkan dengan jagung dlm tin (whole kernel)..kemudian lapisan atas plain warna kuning. Kita lihat gambarnya.

serimuka yang dah dipotong,still dalam talam
ni la rupa lapisan atas dan bawahnya

Kepada sesiapa yg berminat bolehlah msg terus ke inbox @ call untuk tempahan bagi sebarang majlis; kenduri, cukur jambul, doa selamat mesyuarat atau apa saja majlis.

No comments: