Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Wednesday, November 10, 2010

Cerita Talam

Agak lama tak update...tak tahu apa yg disibukkan. Tapi yang pasti masa berlalu terlalu pantaskan. Cerita pasal kisah kuih Talam  ni, aku masih igt lagi mula-mula mengenalinya selepas makan "talam Keladi". Masa tu aku selalu beli kat foodcourt office aku. Terus jatuh cinta pandang pertama ngan kuih talam ni. Akhirnya dapat jugak aku mengikuti kelas dan mempraktikan, sambil buat untuk makan2 dapat jugak untuk dijual.
Seperti yg telah diceritakan pada entry yg lepas, aku ada mention pasal pengukus trio. So di sini aku letakkan gambarnya dan tools yg biasa digunakan ketika aku membuat kuih talam.

Pengukus Trio


Loyang 10 x 10 & plastik untuk melapik 14 x 14

 Penimbang digital & jug sukatan


Whisk, Pisau plastik, spatula & pembaris

Sebelum terlupa, sebelum penutup syawal haritu aku ada terima tempahan dari kawan sekolah untuk jamuan open house. Mai order Talam Suji & Talam Keladi. Thanks Mai. 


Ni pulak eksperimen aku untuk Talam Sekoteng. Sesiapa yg berminat silalah calling2 untuk tempahan.


No comments: