Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Salam semua. Hari ni tentu ramai surirumah yg busy memasak untuk pelbagai jenis rendang, kuih-muih, kek dan sebagainyakan. Bagi anda yang ingin mencuba resepi Talam Keladi sebagai juadah di pagi raya,resepinya seperti di bawah:


TALAM KELADI
Lapisan Bawah :
(A)        220 gm tepung beras cap teratai
             40 gm tepung ubi
             1 ½ tsp garam
             300 ml santan (fresh)
             700 ml air

(B)       250 gm keladi
             ** potong kiub kecil2. Kukus dulu baru timbang

Cara-cara :
  •   Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
  • Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap & masuk bahan B
  •  Kacau sebentar , tuang ke dalam Loyang 10’ x 10’ dan lapikkan dgn plastik
  •  Kukus selama 25 min

Lapisan Atas

150gm tepung gandum
250gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan (fresh)
500 ml air
Sedikit pewarna purple

Cara-cara :
  •  Bancuh semua bahan2 dan tapis masuk ke dlm periuk
  •  Masak hingga naik wap.
  • Kukus selama 30 min 
Se
Se  Selamat mencuba kepada anda semua. Kalau nak tengok gambar ada di sebelah. Sempena Aidiladha ini, ada juga tempahan selingan yang aku terima. Permintaan dari sahabat, special request untuk Crunchy Oats Choc Chips & Tart Gulung.



 






Se

No comments: