Pada asalnya, kuih talam ialah sejenis kuih yang mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas yang berwarna putih diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan bawah yang berwarna hijau ditambah dengan sedikit ekstrak pandan untuk menambahkan bau dan rasa yang enak.

Tetapi, kini kuih talam telah diubahsuai untuk mempelbagaikan lagi rasanya supaya sesuai dengan citarasa orang ramai. Antaranya ialah kuih talam keladi, kuih talam suji, kuih talam cendol dan lain - lain lagi.

Sekiranya anda berminat mencuba dan merasa sila dapatkan di D’Z Homemade Talam. Semoga ia dapat memenuhi citarasa anda.

Monday, October 4, 2010

Tempahan kuih talam dan serimuka


Assalamualaikum.
hari ni aku nak update pasal order yg lepas2,ade yg from my officemate,adik n my friend's hubby. Dah lame dah, tp baru hari ni dapat update,biasela,,bz dgn keje2 kat ofis,bile balik rumah..keje2 rumah plak menanti.. :))

August 2010 : Order from Ida (officemate) - 3 Talam Keladi & 1 Serimuka.
1st order dari officemate...waktu nilah bermulanya aktiviti aku....thanks to Ida...
Katanya untuk majlis di kg Melaka...(x igt dah..rasanya majlis Tahlil & Doa Selamat).
Agak mencabar la juga..coz Ida order sekali 4 talam...Alhamdulillah,selamat ada "pengukus trio". Nnt aku masukkan pic "Pengukus Trio" tu. Macamana rupa bentuknya yer...
So far, aku ada 2 pengukus ni. membuatkan keje2 nak mengukus ni jadi senang n mudah..especially talam..x perlu tenggek atas dapur just guna letrik.

24.9.2010 : Order from Ida (officemate) - 1 Talam Keladi & 1 Serimuka Pandan.
Repeat order dr Ida...katanya untuk jamuan raya office baru Ida...
Feedback: semua kata sedap...Thanks again Ida...

29.9.2010 : Order from Adik untuk majlis raya @ TM Keramat - Talam Cendol.
 Feedback: katanya sampai x dapat rasa..emm, maybe next time kne order lebih sikit yer...

30.9.2010 : Order dr hubby my friend @ TM D'sara Branch - Talam keladi.
For jamuan raya jugak..Thanks yer En Zainal Abidin

2.10.2010 : Order from Afzan (Officemate) - Talam Keladi.
For majlis tahlil...katanya makcik yg nak buat kuih talam x dpt buat...so dia teringat kat aku ni..thanks yer Afzan...(for moral support)

Thursday, September 30, 2010

senarai kuih talam

1. Talam Jagung - lapisan bawah sweet corn, lapisan atas warna hijau.

2. Talam puding marble - lapisan bawah kacang merah, lapisan atas warna pink.

3. Talam lapis carribean - lapisan bawah pisang nangka, lapisan atas 2 layer, tengah warna pink,atas warna kuning.

4. Talam roti paun - 3 layer, bawah roti gardenia, tengah warna hijau perasa pandan, atas warna kuning.

5. Serimuka pandan - lapisan bawah pulut, lapisan atas hijau pandan. (permintaan ramai)

6. Serimuka delima - lapisan bawah pulut + sagu merah, lapisan atas warna kuning.

7. Serimuka pulut hitam  - lapisan bawah pulut hitam, lapisan atas warna hijau.

8. Talam tokyo - lapisan bawah sohoon + sagu + kelapa parut putih, lapisan atas warna hijau pandan.

9. Talam sekoteng - lapisan bawah sekoteng ( sejenis sagu merah), lapisan atas warna merah muda.

10. Talam cendol - lapisan bawah cendol, lapisan atas gula melaka. (permintaan ramai)

11. Talam peanut butter - lapisan bawah peanut butter, lapisan atas layer 3 warna hijau apple,pandan dan merah.

12. Talam keladi - lapisan bawah ubi keladi, lapisan atas warna purple. (permintaan ramai)

13. Talam suji - lapisan bawah tepung suji, lapisan atas gula melaka.

14. Talam gula merah - lapisan bawah gula merah, lapisan atas plain.

15. Talam lapis diplomat - lapisan bawah butter cake, lapisan tengah pewarna kuning + esen pisang, lapisan atas warna hijau.

16. Talam ABC - lapisan bawah cendol + sweet corn + kacang merah + sagu merah, lapisan atas warna plain.

17. Talam pancawarna (keledek) - lapisan bawah keledek, lapisan atas pewarna orange.

18. Talam pacar johor - lapisan bawah tepung cha cha, lapisan atas gula merah.
19. Talam kacang hijau - lapisan bawah kacang hijau, lapisan atas plain.

20. Talam suji durian - lapisan bawah suji, lapisan atas isi durian + pewarna hijau.

21. Talam labu berlauk jepun - lauk udang kering dipanggang.

22. Talam lapis lobak merah - lapisan bawah lobak merah.

23. Talam puspanita - lapisan bawah buah nangka, lapisan atas warna kuning.

24. Serimuka Jagung - lapisan bawah pulut + jagung (whole kernel dlm tin), lapisan atas warna kuning

coming soon

D'Z Homemade Talam akan beroperasi tidak lama lagi.
Nantikan pelbagai jenis kuih talam D'Z Homemade Talam.