Baki buat bubur kacang masih ada lagi. Daripada terbuang aku keringkan dan tambahkan sedikit kelapa parut. Jadikan inti. So dalam kepala dah terfikir nak buat pau. Resepinya aku ambil dari salah satu blog.
Pau Gebu
250gm Tepung gandum
3gm/ 3/4 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh baking powder
50gm gula kastor
1 sudu besar shortening/lemak sayur
1/2 cawan air suam
- Satukan tepung, yis, gula & baking powder ; gaul rata
- Uli sebati dgn memasukkan air sedikit demi sedikit
- Masukkan shortening dan uli sehingga doh menjadi licin
- Biarkan 10 minit
- Bahagikan kepada beberapa bahagian & masukkan inti
- Rehatkan selama 45 min dan barulah dikukus selama 10 minit
** gunakan inti kegemaran ie kaya, kacang merah, kacang hijau,
kelapa
>< 17 biji sekiranya dibuat kecil2
No comments:
Post a Comment